Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong
Portal Tempahan Bilik Nikah
Raikan akad nikah anda di rumah Allah yang indah & tenang.
Bilik nikah berhawa dingin lengkap dengan pelamin, meja nikah dan kerusi tetamu. Semak tarikh kosong di kalendar dan buat tempahan terus secara dalam talian.
Semak tarikh yang telah ditempah
Slot yang tertera dalam kalendar telah ditempah. Pilih tarikh atau masa lain yang masih kosong.
Kalendar Tempahan Nikah
March 2047Suasana bilik nikah
Semua yang anda perlukan untuk majlis akad
Tidak perlu bawa hiasan sendiri — bilik nikah disediakan lengkap.
Pelamin
Pelamin berhias bunga
Kerusi & Meja Nikah
Untuk jurunikah & saksi
Penghawa Dingin
Bilik sejuk & selesa
Stage Hantaran
Ruang susun hantaran
Kerusi Tetamu
Disusun kemas
Welcome Board
Tidak boleh diubah
Ruang Menunggu
Untuk keluarga & tetamu
Fully Carpet
Permaidani penuh
Empat langkah mudah
- Semak tarikh kosongLihat kalendar di atas untuk tarikh dan slot masa yang belum ditempah.
- Pilih tarikh & masaKlik "Tempah Bilik Nikah", pilih tarikh dan slot 1 jam yang dikehendaki.
- Bayar penuh RM300Tiada deposit. Bayaran penuh dibuat semasa tempahan. Sila baca terma sebelum membayar.
- Hadir pada hari majlisDatang awal, patuhi peraturan masjid dan had 40 orang dalam bilik nikah.
Sila baca sebelum membuat tempahan
Sebarang penundaan atau penangguhan tarikh penggunaan yang telah ditempah tertakluk kepada peraturan di bawah.
Tiada Pemulangan Wang
Sekiranya tempahan dibatalkan oleh penempah, wang (refund) tidak akan dikembalikan semula kepada pemohon.
Bayaran Penuh, Tiada Deposit
Tiada deposit / wang cagaran dikenakan. Pembayaran penuh perlu dibuat semasa tempahan dibuat.
Tiada Perubahan Dekorasi
Tidak dibenarkan sebarang perubahan hiasan (decoration) dalam bilik nikah.
Peraturan-peraturan umum
Kerjasama pengantin, keluarga dan tetamu amat dihargai demi menjaga kehormatan masjid.
- Pakaian hendaklah kemas, sopan, menutup aurat dan memakai tudung (perempuan) semasa berada di masjid.
- Peserta / urusetia / tetamu bukan muslim: lelaki hendaklah memakai pakaian yang menutup, dan perempuan dikehendaki memakai tutup kepala (skaf / selendang).
- Peserta / urusetia / tetamu dikehendaki solat berjemaah apabila tiba waktu solat.
- HENDAKLAH menutup suis lampu dan penghawa dingin sebelum meninggalkan dewan serbaguna dan lain-lain bilik.
- HENDAKLAH sentiasa menjaga kebersihan dan kekemasan dewan serbaguna dan bilik-bilik yang digunakan.
- DILARANG membuang sampah merata-rata.
- DILARANG melakukan aktiviti yang kurang sopan seperti melompat, berlari, menjerit, ketawa, bertepuk tangan, berpegang tangan antara lelaki dan perempuan, menyanyi (muzik) dan sebagainya.
- DILARANG berdua-duaan antara lelaki dan perempuan.
- DILARANG merokok di dalam persekitaran masjid.
- TIDAK DIBENARKAN menggunakan sebarang peralatan dan kemudahan di dewan serbaguna dan bilik-bilik lain tanpa kebenaran pihak pentadbiran masjid.
- DILARANG menggunakan dewan selain daripada tempat yang dipohon kecuali dengan kebenaran pihak pentadbiran masjid.
- DILARANG berniaga di dalam persekitaran masjid.
Pejabat Pentadbiran Masjid
- Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit JelutongJalan Mimbar U8/2, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor
- Telefon03-7831 3641
- Emelmtajbj@gmail.com
Tempah bilik nikah untuk hari bahagia anda
Slot terhad — semak kalendar dan tempah awal untuk tarikh pilihan anda.