Logo Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong
Tempahan Dalam Talian Dibuka

Portal Tempahan Bilik Nikah

Raikan akad nikah anda di rumah Allah yang indah & tenang.

Bilik nikah berhawa dingin lengkap dengan pelamin, meja nikah dan kerusi tetamu. Semak tarikh kosong di kalendar dan buat tempahan terus secara dalam talian.

Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong
RM300Bayaran Penuh Tempahan
1jamUntuk Setiap Pasangan
40Orang Maksimum
8Kemudahan Disediakan
Jumlah Tempahan Akan DatangTarikh akad nikah yang telah ditempah dari hari ini
31TEMPAHAN
Lihat kalendar ↓
Kalendar Tempahan

Semak tarikh yang telah ditempah

Slot yang tertera dalam kalendar telah ditempah. Pilih tarikh atau masa lain yang masih kosong.

Kalendar Tempahan Nikah

November 2009
Isn
Sel
Rab
Kha
Jum
Sab
Ahd
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
Galeri Bilik Nikah

Suasana bilik nikah

Perkara Disediakan

Semua yang anda perlukan untuk majlis akad

Tidak perlu bawa hiasan sendiri — bilik nikah disediakan lengkap.

Pelamin

Pelamin berhias bunga

Kerusi & Meja Nikah

Untuk jurunikah & saksi

Penghawa Dingin

Bilik sejuk & selesa

Stage Hantaran

Ruang susun hantaran

Kerusi Tetamu

Disusun kemas

Welcome Board

Tidak boleh diubah

Ruang Menunggu

Untuk keluarga & tetamu

Fully Carpet

Permaidani penuh

Cara Menempah

Empat langkah mudah

  1. Semak tarikh kosongLihat kalendar di atas untuk tarikh dan slot masa yang belum ditempah.
  2. Pilih tarikh & masaKlik "Tempah Bilik Nikah", pilih tarikh dan slot 1 jam yang dikehendaki.
  3. Bayar penuh RM300Tiada deposit. Bayaran penuh dibuat semasa tempahan. Sila baca terma sebelum membayar.
  4. Hadir pada hari majlisDatang awal, patuhi peraturan masjid dan had 40 orang dalam bilik nikah.
Terma & Syarat

Sila baca sebelum membuat tempahan

Sebarang penundaan atau penangguhan tarikh penggunaan yang telah ditempah tertakluk kepada peraturan di bawah.

Tiada Pemulangan Wang

Sekiranya tempahan dibatalkan oleh penempah, wang (refund) tidak akan dikembalikan semula kepada pemohon.

Bayaran Penuh, Tiada Deposit

Tiada deposit / wang cagaran dikenakan. Pembayaran penuh perlu dibuat semasa tempahan dibuat.

Tiada Perubahan Dekorasi

Tidak dibenarkan sebarang perubahan hiasan (decoration) dalam bilik nikah.

1jamTempoh penggunaanPenggunaan bilik nikah hanya satu jam sahaja untuk setiap pasangan pengantin.
40Had kehadiranHanya 40 orang sahaja dibenarkan berada dalam bilik nikah.
Adab di Masjid

Peraturan-peraturan umum

Kerjasama pengantin, keluarga dan tetamu amat dihargai demi menjaga kehormatan masjid.

  1. Pakaian hendaklah kemas, sopan, menutup aurat dan memakai tudung (perempuan) semasa berada di masjid.
  2. Peserta / urusetia / tetamu bukan muslim: lelaki hendaklah memakai pakaian yang menutup, dan perempuan dikehendaki memakai tutup kepala (skaf / selendang).
  3. Peserta / urusetia / tetamu dikehendaki solat berjemaah apabila tiba waktu solat.
  4. HENDAKLAH menutup suis lampu dan penghawa dingin sebelum meninggalkan dewan serbaguna dan lain-lain bilik.
  5. HENDAKLAH sentiasa menjaga kebersihan dan kekemasan dewan serbaguna dan bilik-bilik yang digunakan.
  6. DILARANG membuang sampah merata-rata.
  7. DILARANG melakukan aktiviti yang kurang sopan seperti melompat, berlari, menjerit, ketawa, bertepuk tangan, berpegang tangan antara lelaki dan perempuan, menyanyi (muzik) dan sebagainya.
  8. DILARANG berdua-duaan antara lelaki dan perempuan.
  9. DILARANG merokok di dalam persekitaran masjid.
  10. TIDAK DIBENARKAN menggunakan sebarang peralatan dan kemudahan di dewan serbaguna dan bilik-bilik lain tanpa kebenaran pihak pentadbiran masjid.
  11. DILARANG menggunakan dewan selain daripada tempat yang dipohon kecuali dengan kebenaran pihak pentadbiran masjid.
  12. DILARANG berniaga di dalam persekitaran masjid.
Hubungi Kami

Pejabat Pentadbiran Masjid

  • Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit JelutongJalan Mimbar U8/2, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor
Isnin – Khamis8.00 pagi – 1.00 tengahari2.00 – 5.00 petang
Jumaat8.00 pagi – 12.15 tengahari2.45 – 5.00 petang

Tempah bilik nikah untuk hari bahagia anda

Slot terhad — semak kalendar dan tempah awal untuk tarikh pilihan anda.

Tempah Sekarang
Shopping Cart
Scroll to Top